Saturday 30 July 2011

Whitening agent - Glutathione, dan tranexamic acid

Ramai yang bertanya apakah itu glutathione, bagaimana ia berfungsi sebagai agen pencerah. Nama singkatan bagi glutathione ialah GSH adalah sejenis sebatian kimia yang bernama tripeptida yang mengandungi peptida yang terikat dengan kumpulan acid amino cysteine, glycyl dan glutamyl. Untuk menerangkan secara kimia tentang glutathione terlalu panjang untuk diulas. Seperti yang diketahui umum, glutathione berfungsi sebagai agen antioksidan yang menghalang kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas yang dilepaskan oleh sinaran UV matahari. Radikal bebas ini akan menyebabkan kulit menjadi berkedut lebih cepat dari usia dan kusam serta bertompok-tompok hitam iaitu juga dikenali sebagai pigmentasi.


Pigmentasi berlaku disebabkan pembentukan sel melanin yang tidak lengkap. Sel melanin adalah sel yang berwarna perang yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata manusia. Istimewanya glutathione selain daripada agen antioksidan, ia juga bertindak sebagai agen yang menukarkan penghasilan eumelanin (pigmen gelap, perang dan kuning)menjadi phaeomelanin (pigmen putih kemerahan). Ini adalah sebab kenapa kulit yang terhasil lebih putih dan cerah.

Ramai pakar kulit di Asia mengguna dan mengesyorkan penggunaan glutathione sebagai agen pencerah yang terbukti selamat dan berkesan. Di seluruh dunia, kebanyakkan selebriti dan model menggunakan glutathione sebagai agen pencerah dan antipenuaan.


Apakah perbezaan antara glutathione dengan asid tranexamic?


Hasil teknologi yang semakin canggih, manusia menemui satu lagi agen pencerah iaitu asid tranexamic. Sebatian ini semakin popular dikalangan para artis dan jelitawan seluruh dunia sebagai agen pencerah yang memberikan hasil yang amat memuaskan dalam masa yang lebih singkat.

Berfungsi sebagai agen pencerah memang diakui ramai. Kerana kepantasannya memberikan hasil yang lebih cepat daripada glutathione. 

Untuk hasil yang terbaik, anda boleh memilih mana-mana sebatian diatas dan dicampurkan bersama dengan vitamin c supaya kulit yang terhasil lebih halus, gebu dan putih.
Kini terpulang kepada anda untuk memilih produk yang sesuai kerana setiap manusia mempunyai tahap kesesuaian yang berbeza terhadap sesuatu produk.


Saturday 9 July 2011

Cantik yang halal

Suntik atau sapu ke kulit, makan ke, atau apa saja caranya, semuanya bergantung pada niat seseorang. Jika niatnya untuk dilihat cantik untuk yang bukan muhrim dan sehingga menimbulkan fitnah, even pakai produk yang memang sah halal seperti daun-daun herba atau seumpamanya, hukumnya tetap haram kerana mahu cantik pada yang haram. Di RuhaBoutique, prinsip kami hanya untuk membantu para isteri dan bakal isteri supaya kelihatan cantik sepanjang masa pada pandangan suami. Bagi yang belum bersuami, penampilan juga penting dijaga supaya dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Ini kerana, manusia apabila makin berumur, keanjalan kulit dan kecantikan akan pudar jika tidak dijaga dengan baik. Isteri yang berhias dan berusaha kelihatan cantik untuk suami diberi ganjaran pahala. Bayangkan, suami kita bekerja keras di pejabat, balik ke rumah dengan keadaan yang penat dan tertekan, alangkah senangnya hati suami melihat isteri cantik menawan sentiasa. Sifat manusia yang sejak azali suka pada kecantikan tidak kira lelaki atau perempuan.

Kulit adalah organ manusia yang paling besar dan paling banyak terdedah kepada bahaya luar. Kulit juga mempunyai mikroorganisma yang sangat banyak. Dikatakan jumlah mikroorganisma di atas permukaan kulit manusia melebihi jumlah organisma yang ada di atas muka bumi. Maka, adalah kewajipan kita untuk menjaga anugerah Allah ini dengan jalan yang paling baik. Sebagai pengguna, anda berhak mendapat barangan yang berkualiti pada harga yang paling berpatutan. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Di RuhaBoutique, kami menyediakan beberapa jenis suntikan dan klinik yang menyediakan perkhidmatan suntikan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus.

Islam dan hukum hakam suntikan

Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya), jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu.

Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Kesimpulannya, menyuntik vitamin C, Botox atau sebagainya jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan di kulit atau badan (seperti parut yang menjelekkan pada pandangan orang lain dan menyukarkan penampilan diri), diharuskan dengan syarat-syarat tadi. Adapun hanya semata-mata untuk menghias diri seperti supaya kulit kelihatan lebih tegang, nampak lebih muda dan sebagainya, tidak harus kerana ia mengubah ciptaan Allah, melakukan pembaziran tanpa perlu dan mungkin juga menyebabkan pemalsuan/penipuan (jika membabitkan orang lain).

Mengenai pekerjaan menyuntik vitamin tersebut, ia kembali kepada tujuan tadi. Jika pusat rawatan menjalankan rawatan mengikut skop yang diharuskan oleh Syariat Islam, haruslah seorang muslim berkerja di situ. Jika ia menjalankan rawatan hanya mengikut kehendak pelanggan, tanpa mengambil berat ketetapan Syariat, tidak harus seorang muslim bekerja di situ kerana gaji/upahnya berlegar di antara haram dan syubhah. 

Tambahan;

1. Adapun berusaha mengekal kemudaan dan kecantikan kulit dengan pemakanan (herba atau sebagainya), ia diharuskan kerana usaha itu melalui proses semulajadi tubuh, bukan dengan melakukan sesuatu untuk mengubah ciptaan Allah. Disyaratkan makanan itu halal dan tidak memudaratkan.
2. Begitu juga diharuskan bahan-bahan kosmetik yang bersifat luaran seperti bedak, krim dan sebagainya kerana sekalipun berlaku perubahan pada kulit, ia bukan bersifat kekal di mana ia akan tertanggal atau boleh ditanggalkan. Maka ia mengambil hukum mewarnai rambut, bercelak dan berinai yang diharuskan dengan nas Syarak. Namun disyaratkan bahan-bahan kosmetik itu suci dan tidak memudaratkan tubuh/kulit.

Wallahu a’lam.
Oleh:Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Keajaiban cecair yang bernama vitamin c

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan kulit selebriti artis atau model tempatan, lebih-lebih lagi mereka yang pernah bersua sendiri dengan selebriti ini. Perbezaan kecantikan kulit mereka ketara yang dapat dilihat dan dibuktikan melalui gambar mereka semasa mula menceburi dunia glamour dengan gambar mereka yang terkini, amat mengkagumkan! Semua itu sudah terjawab, dan kini anda tidak perlu ke dunia glamour untuk menikmati kulit dan kecantikan yang di idamkan..


Kecantikan & Kesihatan Kulit Melalui Suntikan. Antara kebaikan-kebaikannya :

Mencerahkan Kulit
Mencerahkan & meratakan warna kulit secara keseluruhan serta menjadikan kulit lebih bercahaya dan kelihatan segar

Menghilangkan Pigmentasi
Menghilangkan & menghalang pembentukan jeragat serta mencerahkan & mengurangkan parut

Anti Penuaan
Mengurangkan kedut, menegangkan kulit, menambahkan keanjalan kulit & melindungi kulit dari UVA & UVB dan bahaya persekitaran

Anti Jerawat & Acne
Menghilangkan & membasmi jerawat degil serta mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangkan sebum

Memperbaiki Struktur Kulit
Menghilangkan selulit, orange peel skin dan melembapkan serta menghaluskan kulit

Mengoptimumkan Kesihatan
Anti stress dan anti depresi dan menghalang pembentukan toksin

Mencegah Keguguran Rambut
Merangsang pertumbuhan dan menguatkan rambut serta menguatkan kuku.