Suntik atau sapu ke kulit, makan ke, atau apa saja caranya, semuanya bergantung pada niat seseorang. Jika niatnya untuk dilihat cantik untuk yang bukan muhrim dan sehingga menimbulkan fitnah, even pakai produk yang memang sah halal seperti daun-daun herba atau seumpamanya, hukumnya tetap haram kerana mahu cantik pada yang haram. Di RuhaBoutique, prinsip kami hanya untuk membantu para isteri dan bakal isteri supaya kelihatan cantik sepanjang masa pada pandangan suami. Bagi yang belum bersuami, penampilan juga penting dijaga supaya dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Ini kerana, manusia apabila makin berumur, keanjalan kulit dan kecantikan akan pudar jika tidak dijaga dengan baik. Isteri yang berhias dan berusaha kelihatan cantik untuk suami diberi ganjaran pahala. Bayangkan, suami kita bekerja keras di pejabat, balik ke rumah dengan keadaan yang penat dan tertekan, alangkah senangnya hati suami melihat isteri cantik menawan sentiasa. Sifat manusia yang sejak azali suka pada kecantikan tidak kira lelaki atau perempuan.
Kulit adalah organ manusia yang paling besar dan paling banyak terdedah kepada bahaya luar. Kulit juga mempunyai mikroorganisma yang sangat banyak. Dikatakan jumlah mikroorganisma di atas permukaan kulit manusia melebihi jumlah organisma yang ada di atas muka bumi. Maka, adalah kewajipan kita untuk menjaga anugerah Allah ini dengan jalan yang paling baik. Sebagai pengguna, anda berhak mendapat barangan yang berkualiti pada harga yang paling berpatutan. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.
Di RuhaBoutique, kami menyediakan beberapa jenis suntikan dan klinik yang menyediakan perkhidmatan suntikan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus.
No comments:
Post a Comment