Saturday 6 August 2011

Rawatan kulit muka dan suntikan

Ramai yang masih berkira-kira untuk mencuba suntikan vitamin C kerana mereka menyangka produk ini mahal. Sebenarnya, jika sekiranya anda mendapatkan suntikan ini di klinik-klinik pakar kulit, harga yang ditawarkan memang sangat mahal!! Kerana mereka mengambil kira segala caj konsultant mereka dan harga suntikan semestinya dinaikkan lagi. Tetapi, jika anda membeli produk suntikan daripada kami atau mana-mana butik yang menjualnya, harga jauh lebih murah. Apa yang anda perlu buat ialah kaji sedalamnya produk mana yang anda mahukan, bertanya pada pembekal yang berpengetahuan, pilih, beli dan bawa botol vitamin C ke mana-mana klinik am yang menawarkan perkhidmatan suntikan vitamin C atau whitening.


Cara ini lebih menyelamatkan poket anda. Pernah seorang pelanggan kami menceritakan sebelum ini dia pernah mendapatkan rawatan facial di pusat kecantikan yang terkenal yang selalu menyiarkan program kecantikannya di televisyen. Kos yang perlu dibayar oleh pelanggan kami ini adalah RM3800 untuk 10 kali sesi rawatan. Itu tidak termasuk kos barangan penjagaan kulit keluaran pusat kecantikan yang sama. Mereka tentunya mahu pelanggan mereka menggunakan produk keluaran mereka dengan menyatakan jika pelanggan tersebut tidak menggunakan produk mereka, rawatan akan kurang berkesan dan sebagainya. Kos ini hanya untuk rawatan kulit muka sahaja dan tidak termasuk kulit anggota badan lain.


RuhaBoutique bukan menafikan kepakaran mereka dalam bidang kecantikan. Kami cuma ingin anda membuat perbandingan kos yang terpaksa anda tanggung kerana kos yang sebesar ini hanya untuk kulit muka sahaja sedangkan ramai diluar sana yang menghadapi masalah kulit dibahagian lain seperti kulit perut terutama wanita yang pernah melahirkan anak. Kos suntikan ini jauh lebih murah kerana ianya memberi kesan kepada seluruh kulit badan kita walaupun ditempat-tempat sulit. Dan inilah rahsia kenapa selebriti negara dan luar negara mempunyai kulit yang sangat cantik, gebu, cerah dan sihat.


Rawatan luaran untuk kulit muka dan badan memang perlu walaupun kita telah mendapatkan suntikan vitamin C dan whitening. Ini kerana, sel-sel kulit mati tidak dapat dibuang dengan hanya menyuntik. Sedangkan untuk mendapatkan kulit baru yang lebih sihat dan cantik, sel kulit lama dan mati perlu dibuang supaya sel yang baru terbentuk hasil daripada vitamin  C tadi dapat menonjolkan dirinya. Kalau tidak ianya tidak mencapai objektif yang diharapkan. Oleh itu, penjagaan luaran perlu tetapi pastikan kosnya tidak sampai mencecah ratusan atau ribuan ringgit. Anda boleh lakukannya dirumah. 

6 comments:

  1. ade tawarkan utk rawatan ke? boleh bg sy detail2 x?

    ReplyDelete
  2. Dekat mana nk buat suntikan vitamin c ni? Lau parut lama boleh hilang x?

    ReplyDelete
  3. aku nak tahu,rawatan ini dkat mna ada ???

    ReplyDelete
  4. Hi all..I'm doing year end sales for vit c injection. Kindly email me at sue.admi@gmail.com or whassap 0167114112. khidmat nasihat dan doktor kulit di jb yg menawarkan suntikan akan sy beritahu.thx

    ReplyDelete
  5. Macam-macam cara untuk kecantikan ya. Cuma diharap ia tidak berisiko terhadap kesihatan kita di kemudian hari.

    ReplyDelete